Selamat datang ke TripleReady.com, sebuah laman web kesihatan dan kecergasan yang terunggul di Asia. Portal ini khas untuk penggemar-penggemar sukan dan kecergasan dari Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia dan Brunei. Terma dan syarat ini telah direka untuk memberikan pengalaman yang positif untuk sebuah komuniti yang progresif. Dengan menggunakan produk dan perkhidmatan TripleReady.com, anda setuju dengan semua terma dan syarat yang tertera selanjutnya.
 
Triple Engage Pte. Ltd. adalah pemilik dan pengurus TripleReady.com (“Triple Ready”). TripleReady menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk penerbitan artikel dan acara berkaitan dengan kesihatan dan kecergasan. Dan tidak ketinggalan kesemua laman e-commerce kami, produk digital yang sedia ada dan yang akan datang termasuk produk dan perkhidmatan yang disediakan dengan kollaborasi bersama rakan kongsi kami. Terma dan syarat penjualan tertakluk kepada semua pembelian produk dari laman web www.tripleready.com.
 
 

1. Definisi

“Syarikat”, “Triple Engage”, “Kami” atau “Kita” bermakna Triple Engage Pte. Ltd, Triple Pte. Ltd, dan/atau mana-mana sekutu atau anak syarikat, secara individu atau kumpulan, mengendalikan perniagaan sebagai Triple Engage atau sebaliknya. 
“Parti Syarikat” bermakna Syarikat dan sekutu dan anak syarikat serta salah seorang pengarah, pekerja, agen, peguam, pembekal kandungan pihak ketiga, pengedar, pemegang lessen atau pemberi lesen.
“Perkhidmatan” bermakna salah sebuah perkhidmatan internet atau perkidmatan lain yang ditawarkan oleh Syarikat, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang disenaraikan di dalam Perjanjian in, sama ada menerusi laman web yang dikendalikan atau dimiliki oleh Syarikat ini menerusi system rangkaian social, applikasi telefon bimbit atau sebaliknya.
“Pasaran Online Triple Ready” merujuk kepala laman web e-commerce yang menjual produk fizikal atau digital, yang dikendalikan oleh Triple Engage.
“Kandungan” bermakna setiap kandungan atau bahan (termasuk imej, dokumen, teks, gambar, grafiks, videos atau fail) yang sedia ada dan diterbitkan di laman web.
“Kandungan yang Dihasilkan Pengguna” bermakna setiap kandungan atau bahan (termasuk imej, dokumen, teks, gambar, graffiks, videos atau fail) yang dimuat naikkan oleh pengguna menerusi Perkhidmatan atau disebaliknya diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan oleh pengguna.
“Terma” merujuk kepada Terma dan Syarat yang mentadbir akses dan pengunaan Perkhidmatan kami.
“Acara” merujuk kepada sebarang acara awam dan/atau acara komuniti yang dikelolakan atau diuruskan oleh Syarikat, termasuk pertandingan.
“Laman Web” bermakna TripleReady.com dapat diakses dalam talian atau secara cached.

 
 

2. Pengenalan

Terma ini akan menadbirkan kegunaan Laman Web ini. Terma-terma ini akan digunakan sepenuhnya dan menjejaskan kegunaan Laman Web ini. Dengan mengunakan Laman Web ini, anda bersetuju untuk menerima semua terma dan syarat yang terkandung disini. Anda tidak boleh mengunakan Laman Web ini sekiranya anda tidak setuju dengan salah satu Terma ini.
Penguna bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk mengunakan Laman Web ini.

 
 

3. Tanggung Jawab

Anda bertanggung jawab ke atas semua atau salah satu pengunaan Perkhidmatan kami, atau  kandungan yang dihasilkan oleh pengguna, interaksi dengan pengguna laman web yang lain, dan sebarang akibat darinya. Kandungan yang dimuat naik dapat dilihat oleh pengguna lain.
Dengan bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan kami (termasuk forum, papan pesanan, chat atau ciri kommunikasi yang lain) dan kandungan yang dimuat naik oleh pengguna sah dan tidak akan:
i. melanggar hak milik peribadi, harta intelek atau hak mana-mana pihak, atau mempromosikan aktiviti haram;
ii. melanggar Terma, undang-undang atau peraturan tempatan, persekutuan atau antarabangsa; atau peraturan tingkah laku yang berkenaan dengan ciri individu Perkhidmatan;
iii. membuat akaun pengguna dengan cara otomatik atau di bawah dakwaan palsu atau mengelirukan ke atas asal-usul komunikasi anda
iv. menipu atau mengelirukan Syarikat atau pengguna yang lain, terutamanya dalam usaha untuk mendapati maklumat sensitif akaun seperti kata laluan;
v. menyalah gunakan perkhidmatan Syarikat atau menghantar laporan palsu tentang penyalahgunaan atau salah laku
vi. melibatkan diri dalam mempromosikan skim piramid atau skim pemasaran yang lain; laman-laman web atau perkhidmatan yang dianggap spam, malware, atau mengandungi bahan yang dianggap tidak sesuai oleh Syarikat;
vii. membuat atau menghantar kandungan elektronik yang tidak diingini seperti spam kepada pengguna sekaligus mengganggu keselesaan pengguna-pengguna yang melanggani perkhidmatan yang lain.
viii. menyebarkan virus, worm, Trojan horses, RATs, keyboard loggers, time bombs, spyware, adware, mekanisme koleksi pasif (PCMs) atau kod-kod yang invasif atau program-program yang memuat naik atau menghantar (atau cuba untuk memuat naik atau menghantar) bahan-bahan yang bertindak pasif atau aktif mengumpul maklumat atau mekanisme penghantaran tanpa had termasuk GIFs, 1x1 pixels, web bugs, cookies atau alat-alat yang lain. 
ix. tiru atau menyesuaikan sofwe Perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada Flash, PHP, HTML, JavaScript atau kod-kod lain;
x. menterbalik atur, menyusun, memasang undur, mengubah suai atau cuba untuk menemui sofwe (kod sumber atau kod objek) yang dicipta oleh Perkhidmatan untuk menghasilkan laman web, sofwe dan produk-produk lain atau proses yang boleh diakses melalui Perkhidmatan kami;
xi. kecuali hasil daripada enjin carian atau penggunaan daripada pelayar Internet, penggunaan, pelancaran, membangunkan atau mengedarkan sistem automatik, termasuk, tanpa had, spider, robot (atau "bot"), cheat utility, pengikis atau pembaca offline yang mengakses Perkhidmatan, atau mengunakan atau melancarkan skrip yang tidak dibenarkan atau sofwe lain;
xii. menutup atau mengaburkan notis, banner, iklan atau penjenamaan Perkhidmatan;
xiii. menyamar sumber kandungan sumbangan pengguna atau maklumat lain yang anda serahkan kepada Perkhidmatan;
xiv. mengganggu atau memintas ciri keselamatan Perkhidmatan yang disediakan, ciri-ciri yang menyekat atau menguatkuasakan had ke atas penggunaan atau akses kepada perkhidmatan, kandungan atau Kandungan Pengguna;

 

Anda bersetuju untuk bertanggung jawab keatas tingkah laku anda (anda hendaklah menanggung kerugian Syarikat keatas kerosakan/kerugian yang mungkin dialami) yang akan timbul selama penggunaan dan menjalankan Perkhidmatan ini (termasuk forum, papan mesej, chat atau kaedah komunikasi yang lain), dan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna:
i. termasuk komen-komen yang menyakitkan hati yang berkait dengan bangsa, kerakyatan, jantina atau kecacatan fizikal;
ii. termasuk kata-kata kotor, lucah, sumbang, seksual atau jika tidak dan kandungan atau bahasa yang tidak menyenangkan
iii. memfitnah, penyebaran fitnah secara bertulis, mencemuh, mengejek, menghina, mengancam, mengganggu, mengugut atau mendera sesiapa;
iv. mengalakkan keganasan atau menggambarkan cara untuk menunjukkan keganasan;
v. mendedahkan informasi sulit tentang seorang individu; termasuk alamat, nombor telefon, emel, nombor kad kredit atau infomasi yang mungkin digunakan untuk menjejaki, menghubungi atau menyamar identity seseorang;
vi. cuba untuk menyamar sebagai parti yang lain;
vii. atau menggunakan alat yang boleh anonymize alamat protokol internet anda (contohnya, proxi tanpa nama) untuk mengakses Perkhidmatan
Perkhidmatan tersebut mungkin mengandungi atau menyampaikan pengiklanan dan penaja yang bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kandungan yang dihantar adalah tepat dan mematuhi undang-undang. Kami tidak bertanggungjawab keatas kesilapan yang mungkin menyalahi undang-undang atau informasi yang kurang tepat yang mungkin terkandung dalam bahan-bahan pengiklan atau penaja.

 
 

4. Hak Harta Intelek

Selain daripada kandungan yang anda miliki di bawah Syarat ini, Triple Engage dan/atau pemberi lesen memiliki semua hak-hak harta intelek dan bahan-bahan yang terkandung dan disiarkan dalam laman web ini.
Anda diberi lesen terhad hanya untuk tujuan melihat bahan yang terkandung dalam Laman Web ini.

 
 

5. Sekatan

Anda secara khusus dihadkan dari dan anda berjanji untuk tidak melakukan apa-apa dan semua yang berikut:
 
i. mengubah suai, menyesuaikan, membongkar, menyusun, menterjemah, reverse engineer atau sebaliknya cuba untuk mendapatkan sumber kod atau struktur, urutan dan organisasi Perkhidmatan atau mana-mana bahagian di mana-mana laman web di mana Perkhidmatan yang ditawarkan;
ii. menggunakan Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan atau menjejaskan Perkhidmatan atau penggunaan pengguna lain Perkhidmatan;
iii. mengeluarkan, melindungi atau mengubah hak cipta, tanda dagangan, hyperlink atau notis hak proprietari yang terkandung di dalam Perkhidmatan ini atau di laman web yang menawarkan Perkhidmatan ini serta kod Syarikat yang terkandung di laman web pihak ketiga, dan / atau sofwe Syarikat;
iv. mereplikasi dan / atau menerbitkan kandungan laman web di media lain;
v. menjual, melesenkan dan / atau sebaliknya mengkomersialkan kandungan laman web;
vi. menggunakan Laman Web ini dalam apa cara yang boleh merosakkan laman web ini;
vii. menggunakan laman web ini dalam apa cara yang boleh memberi kesan keatas akses pengguna Laman Web ini;
viii. menggunakan Laman Web ini secara bertentangan dengan undang-undang dan peraturan atau dalam apa-apa cara yang boleh memudarakan Laman Web, individu atau entiti perniagaan;
ix. melibatkan diri dalam aktiviti perlombongan data, penuaian data, mengekstraksi data atau aktiviti lain yang serupa dengan laman web ini;
x. menggunakan Laman Web ini untuk urusan periklanan atau pemasaran dan
xi. memuat naik kandungan di laman web ini yang bercanggah Fasal 3 di atas.
Sebahagian laman web ini mempunyai akses terhad dan Triple Ready boleh menyekat akses anda daripada kawasan lain di laman web ini pada bila-bila masa, mengikut budi bicara mutlaknya. ID pengguna dan kata laluan anda untuk laman web ini adalah sulit.

 
 

5. Tiada Jaminan

Laman Web ini disediakan "seperti seadanya," dengan semua kesalahan yang terkandung, dan Triple Engage meluahkan tiada perwakilan atau jaminan, dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan laman web ini atau maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini.
 
 

6. Bayaran kepada Penjual

Entiti yang anda akan berhubung untuk urusan pembayaran di laman web ini adalah Triple Engage Pte Ltd.
Senarai kaedah pembayaran yang diterima disenaraikan di sini.

 
 

7. Perkhidmatan dan Produk Terbayar

Acara

Kami mengadakan acara secara percuma dan berbayar. Dengan mendaftarkan diri untuk acara berbayar, anda mesti menetapkan dan memberi maklumat tentang kaedah pembayaran pilihan anda (“Payment Method”). Maklumat ini mesti lengkap dan anda bertanggungjawab untuk memastikan maklumat itu tepat sehingga tarikh. Anda dengan nyata memberi kuasa kepada kami untuk mengambil yuran untuk pendaftaran dan penyertaan acara kami dari keadah pembayaran yang telah ditetapkan.
Kesemua yuran pendaftaran untuk acara berbayar adalah muktamad dan tidak akan dikembalikan jika anda tidak hadir atau ada pembatalan sebelum tarikh acara kecuali atas budi bicara kami dan/atau butir tentang acara itu dinyatakan dengan jelas.

 
Membeli-belah dan Pasaran Online

Jika anda membeli produk dari laman web kami, anda dikehendaki untuk menyediakan maklumat peribadi tambahan dan kaedah pembayaran untuk melengkapkan pembelian anda.
Kami berhasrat untuk menyediakan maklumat tentang bayaran pulang kami, penambahan stok, cukai, kaedah penghantaran dan dasar yang berkaitan dengan lokasi pembelian. Jika anda mempunyai soalan yang berkaitan dengan Pasaran Online Triple Ready, sila hubungi kami di sini [https://www.tripleready.com/page/contact-us]. Sila semak dasar ini sebelum membuat pembelian melalui Pasaran Online Triple Ready.

Dengan membuat pesanan di laman web ini, anda mengesahkan bahawa maklumat pembayaran yang diberi adalah tepat bila pesanan diterima dan diproses oleh laman web ini dan pembayaran  akan dibuat secara sepenuhnya.
 
 

8. Polisi Bayaran Pulang

Untuk barangan dan produk yang dibeli dari Pasaran Online Triple Ready, kami akan proses pulangan secara percuma di bawah syarat berikut:
i. Pembelian dibuat dari Pasaran Online Triple Ready;
ii. Label dan tag produk masih ada dan dilampirkan bersama produk (sila ambil perhatian bahawa barangan yang telah digunakan dilarang dari dipulangkan); dan
iii. barangan mesti dipulangkan dalam masa 14 hari dari tarikh pembelian.
Di atas sebab-sebab kebersihan, produk-produk seperti pakaian dalam, coli sukan, topi dan stokin tidak dibenarkan pulang, walaupun syarat-syarat di atas dipenuhi.
 
Jika anda berniat untuk memulangkan pembelian anda yang mematuhi syarat (i) ke (iii) diatas, anda boleh memesan khidmat penghantaran kami (iCommerce) melalui link ini.
Semua bayaran pulang akan dikembalikan dengang cara pembayaran yang asal. 
Untuk memulakan proses pemulangan anda, sila klik di sini.

 
 

9. Privasi

Kami mengambil berat tentang privasi pengguna kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda bersetuju dengan aktiviti pengumpulan, penggunaan dan pendedahan maklumat peribadi anda dan data agregat adalah seperti yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami. Dengan serta merta, maklumat peribadi anda yang dikumpul, digunakan, dipindahkan dan diproses di Singapura dan di luar negara. Sila klik di ini untuk mengakses Dasar Privasi kami.

 
 

10. Had Liabiliti

Segala pengunaan maklumat atau bahan-bahan di laman web ini adalah di bawah risiko anda sendiri. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa mana-mana produk, perkhidmatan atau maklumat yang disediakan melalui laman web ini memenuhi keperluan khusus anda.
Dalam apa keadaan sekali pun, Triple Engage dan Pihak Syarikatnya tidak akan bertanggungjawab untuk apa yang timbul dan yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini walaupun liabiliti tersebut adalah di bawah kontrak. Triple Engage termasuk Pihak Syarikatnya tidak akan bertanggungjawab atas sebarang liabiliti dengan secara tidak langsung, berbangkit atau apa-apa yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan penggunaan laman web ini.

 
 

11. Penanggungan Kerugian

Anda akan menanggung rugi sepenuhnya daripada dan terhadap sebarang dan/atau semua liabiliti, kos, tuntutan, kuasa tindakan, kerosakan dan perbelanjaan yang timbul dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan pelanggaran Terma ini.
 
 

12. Pengasingan

Jika peruntukan terma-terma ini didapati tidak sah di bawah mana-mana undang-undang, peruntukan tersebut akan dipadam tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain yang terkandung di sini.
 
 

13. Perubahan Syarat

Triple Engage dibenarkan untuk menyemak semula Terma ini pada bila-bila masa jika perlu, dan dengan menggunakan laman web ini anda diharapkan untuk menyemak Terma ini secara tetap.
 
 

14. Tugasan 

Triple Engage dibenarkan untuk menyerah, memindah, dan memberi subkontrak ke atas hak-hak dan/atau obligasi di bawah Terma ini tanpa sebarang notis. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan untuk menyerah hak, memindah atau subkontrak hak dan/atau obligasi anda di bawah Terma ini.
 
 

15. Perjanjian Keseluruhan

Terma-terma ini merupakan perjanjian menyeluruh antara Triple Engage dan anda tentang penggunaan laman web ini, dan ia akan menggantikan semua perjanjian sebelumnya.
 
 

16. Undang-undang dan Bidang kuasa

Terma-terma ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Singapura, dan anda menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Singapura bagi penyelesaian sebarang pertikaian.
 

 

back to top